Apa Yang Medikal Kad Individu TAK COVER?

Apa Yang Medikal Kad Individu TAK COVER?

Soalan ini mesti bermain difikiran korang kan dan soalan yang paling favorite client tanye masa aku propose untuk ambil medikal kad. Experience aku yang paling epik adalah aku ke rumah prospek, ayah di interview macam nak aku ni bakal menantu, kenapa itu… ini… Riki2 rupanya dulu kena tipu agent so tak mo anak kena tipu lagi. Valid reason kena hamun.Meh sini abang share dengan korang benda2 yang agent noob takmo bagi tahu. Ada beberapa perkara yang akan meyebabkan medikal kad korang tak cover.

1. Penyakit Kongenital

Ada prospek aku tanye kenapa ada pelan untuk baby dalam kandungan. Salah satu sebab adalah kebarangkalian untuk baby untuk mengidap penyakit kongenital wujud. Jadi peluang jika korang ambil pelan medikal kad untuk anak2 korang terus TAKDE.

Jadi kalau ambil pelan yang komprehensif dengan AIA masa baby dalam kandungan, lengkap dengan pelan medikal kad serta penyakit kritikal baby. Sekurang2nya jika ditimpa musibah ada bantuan dari AIA. Jika sihat maka bila dia dah 18 tahun dia ada tabung pendidikan untuk sambung pelajaran

2. Penyakit Sedia Ada Sebelum Signup Medikal Kad

Yang ni simple apa2 penyakit yang korang hidap sebelum ambil medikal kad. Peyakit tue tak cover. Simple. Kalau korang nak sorokan dari ejen boleh tp bila claim nanti confirm reject.

3. Penyakit Rawatan Klinikal

Contoh macam demam, selsema, batuk rawatan yang tidak perlu wad di hospital juga medikal kad individu tak cover. Yang cover rawatan klinikal hanya medikal kad manfaat syarikat. Kalau syarikat baik hati. Kalau tak kena tanggung la sendiri macam orang lain.

4. Penyakit Berkaitan Mengandung atau Kecederaan Akibat Ingin Bunuh Diri

Ini sangat spesifik, apa2 penyakit berkaitan mengandung memang medikal kad individu tak cover kecuali jika u ladies ambil perlindungan tambahan penyakit wanita. Tue korang akan dapat pampasan dari AIA.

Manakala ya kalau polisi lepas 1 tahun jika bunuh diri AIA akan bayar pampasan kepada waris tetapi jika tak mati kecederaan tersebut tidak ditanggung oleh medikal kad

5. Waiting Period

Kebanyakan isu berkaitan adalah pelanggan rata2 tidak memahami klausa Waiting Period. Aku bagi table mudah ini untuk korang faham. Boleh guna untuk semua company sebab ini adalah guidelines dari Bank Negara Malaysia.

Basicnya medikal kad korang aktif selepas 120 hari tetapi ada klausa yang mana apa2 tuntutan yang bawah 2 tahun, syarikat takaful boleh siasatan. Siasatan ini yang mengambil masa. Tapi jika semua dokumen lengkap dan genuine claim korang tak perlu risau confirm lepas. Tapi kalo diorg jumpa history memang tak lepas la claim korang tue.

Harap sharing aku ni memberi manfaat kat korang yang dah ada polisi dan yang masih riki2. Kalo apa2 boleh pm Hanan Hai

Facebook Comments

You might also like …