Bajet Takaful

Bajet Takaful

Topik ni la sebenarnya yang paling mencabar untuk kami perunding takaful buat. Kadang2 client buat2 tak faham. Kalo betul2 tak faham kami boleh terangkan tapi geng yang rasa kami ni saje buat pakej untuk komisen tue tak adil la. Kami ada guidelines tau untuk buat pakej takaful keluarga korang tu, rujuk sharing ni Quadrant Simpanan Takaful. Kali ni Rizal Sukor berkongsi pandangan berkaitan bajet takaful, memang logik. 

Di Malaysia terdapat banyak pelan takaful yang ditawarkan samada yang asas atau komprehensif. Sekiranya ditanya kepada saya pelan manakah yang terbaik saya akan jawab ia bergantung kepada keperluan dan kewangan anda pada ketika itu.

Andai bajet anda kecil maka sedikitlah faedah yang boleh ditawarkan dan sekiranya besar bajet anda maka anda boleh mendapat pelan yang sangat lengkap dengan perlindungan yang maksimum.

Lihat keperluan dan bajet anda. Sekiranya ada mana-mana ejen yang tawarkan pelan takaful mereka dan pelan tersebut memenuhi keperluan anda segeralah ambil kerana itu lebih baik daripada anda tiada perlindungan.

Kepada yang telah ada polisi takaful pula, pelan yang anda ambil sebelum ini adalah yang terbaik pada ketika itu tetapi belum tentu memenuhi keperluan anda selepas 3 atau 5 tahun akan datang. Sentiasa semak polisi anda dengan ejen anda dan sekiranya perlu tambah baik polisi anda dengan faedah-faedah lain.

Selain itu berlapang dadalah untuk mendengar penerangan mengenai pelan takaful lain walaupun ketika itu anda telah punyai polisi kerana setiap pelan takaful tidak kisah dari syarikat mana pun biasanya mempunyai manfaat yang berlainan.

Kesimpulannya,

Ingatlah bahawa pelan yang anda ambil adalah yang terbaik ketika itu dan mengikut bajet dan keperluan anda. Selepas 3-5 tahun mungkin keperluan sudah berbeza dan oleh sebab itu sentiasalah semak polisi anda.

Rizal Sukor
wasap.my/60182282853/aiapublictakaful

Macam kalo nk tanye kat aku pun boleh benda simple jer pm direct ker Hanan Hai

Facebook Comments
Share:

You might also like …