Hello!!! I’m back again.

Kali pertama aku mula menulis di blog entah tak ingat bila aku mula. Aku ada buat kesilapan mana, tukar dari wordpress server dari godaddy.com ke exabytes.my. Niat nye nak berjimat sekali hilang terus semua posting aku dari tahun 2016.

Lepas tue sibuk nak sesuaikan diri, lepas kena buang kerja dari sebuah syarikat oil and gas. Pertama apa yang aku buat, awal 2017 tue cari guru macam mana nk uruskan kewangan. Bila jumpa seorang cikgu yang best, aku join agensi takaful yang dipimpin oleh Fauzul Nizam memang seseorang yang hebat dan sampai hari ni, banyak aku belajar dari dia.

Lepas join industri takaful, belajar bab perwarisan harta dgn Pak Yap tapi masa tue macam ralat sebab belajar ilmu perwarisan harta Islam dengan non muslim. Ilmu tue betul, kami pun panggil dia Ustad Yap, mana taknya dia quote ayat quran bagi kewajaran mengambil hibah takaful. Nak ilmu punya pasal join pulak syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad. Ini membuka mata aku. Mereka mempunyai lebih kurang 38 produk bagi menjamin hasrat perwarisan harta pelanggan terjamin. Wow!!! Paling Best, Ketua Perunding Eksekutif agensi The Khalifah, Kak Nik Siti Aisyah dia memang awesome

Banyak benda aku belajar selepas aku diberhentikan kerja sebab syarikat kehilangan kontrak, benda luar kawalan kita. Bab perancangan kewangan ni sangat luas. Dari simpanan (Takaful, ASB, TH), pelaburan (Saham, Unit Amanah, Preferences Shares) dan perwarisan harta (Hibah, Surat Ikatan Amanah, Produk Amanah). Macam2 la

Paling latest aku join agensi hartanah Irealty, agensi memang luarbiasa, bila kita nak sesuatu ilmu kita perlu cari guru. Memang hebat geng2 irealty ni. Kalo ikut surah Mujadilah:11 Allah mengankat darjat orang berilmu. Jadi kita belajar la. Harap jadi la orang yang berilmu. Kalo kaya bonus. Kalo bukan rezeki kita untuk jadi kaya, sekurang2nya kita ada ilmu yang boleh bantu anak keluarga kita di masa depan.

Memandangkan sekarang dah kena PKP nak dekat 40 hari. Jadi dari biarkan masa terluang baik kongsi ilmu atau pengalaman yang boleh korang semua manfaatkan. Jadi aku mulakan semula blog aku ni dengan lafaz

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Read More →
Share:

Klasifikasi Pendapatan T20, M40 dan B40 Rakyat Malaysia

Apa itu Median Pendapatan Isi Rumah?

Median pendapatan isi rumah adalah angka pertengahan pendapatan dari rendah ke tinggi. Ia merupakan satu instrumen yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mengklasifikasikan pendapatan isi rumah kepada T20, M40 dan B40. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2016, median pendapatan isi rumah tinggi  T20 ialah RM 13,148 manakala bagi pendapatan isi rumah sederhana M40 ialah RM 6,275 dan pendapatan isi rumah rendah B40 ialah RM 3,000.

Read More →
Share:

New Beginning
New Beginning

The journey thru life give me opportunity to start a new beginning constantly. You may notice that life is more like a roller coaster. As the journey to the peak is slow and steady but when it starts to drop, it goes in seconds. My story starts with a humble beginning which took 10 years to peak and achieve my financial goals. However, life loves to play trick on me thus challenging me again to start from the bottom in 2017.

Read More →
Share: