GAGAL MENYIMPAN, ANDA AKAN GAGAL BERSARA

GAGAL MENYIMPAN, ANDA AKAN GAGAL BERSARA

Ramai yang merasakan untuk mendapat kehidupan selesa kita perlu mempunyai pendapatan yang tinggi. Pandangan ini, adalah salah sama sekali kerana kunci untuk bebas dari kemelut kewangan adalah menyimpan. jika anda gagal menyimpan, pasti anda akan gagal untuk bersara

Dalam perancangan kewangan ada satu kaedah pembahagian perbelanjaan pendapatan. 50-30-20 ratio. Jika anda ingin bersara dengan tenang anda perlu mula menyimpan 20% pendapatan anda.

Anda boleh menyimpan di BANK,ASB, Tabung Haji, dan Fixed Deposit. Ini adalah jika anda belum mempunyai dana kecemasan minima 3 bulan bagi mereka yang bekerja, 6 bulan bagi mereka yang kerja sendiri dan 1 tahun untuk mereka yang berniaga.

Hari ini apabila negara dilanda penularan wabak COVID-19, baru ramai orang berkejut yang mereka tidak mempunyai simpanan yang cukup. Mengharap pada bantuan kerajaan. Ada dikalangan mereka tidak sampai satu tahun lagi penularan wabak ini sudah jatuh dari kategori T20 ke B40 sekelip mata.

Jika anda sudah mempunyai tabiat menyimpan yang baik, baru anda boleh dengan selesa menyimpan di takaful, melabur di unit amanah atau saham dan merancang perwarisan harta anda

#masihtidakterlewat

Facebook Comments

You might also like …