KEPERLUAN MENYEMAK POLISI ANDA

KEPERLUAN MENYEMAK POLISI ANDA

Korang mesti biasa dapat call dari ejen takaful nk set appointment untuk review polisi. Adakan!!! Korang mesti ingat dah ada pelan insurans cukup la kan. Ia betul cukup masa yang korang sign-up. Tapi lepas beberapa tahun kena review semula. Bukan CANCEL polisi lama tapi UPGRADE. Jom baca sharing dari my best buddy Rizal Sukor mengenai review polisi ni.

Ramai dikalangan kita telah mempunyai polisi samada takaful atau konvensional. Ia disebabkan telah ramai yang mempunyai kesedaran mengenai pentingnya takaful atau insurans.

Disini saya nak nasihatkan anda yang telah punyai polisi agar sentiasalah semak polisi anda. Semakan perlu dibuat bagi memastikan :-

– Polisi anda masih sesuai dan memenuhi keperluan anda. Anda perlu tahu bahawa polisi yang anda ambil waktu bujang belum tentu memenuhi keperluan anda setelah berkahwin.

– Bagi memastikan anda menerima manfaat yang telah disediakan untuk anda. Saya pernah berjumpa seorang guru yang terlepas manfaat daripada salah satu syarikat takaful sebanyak RM600 kerana anak beliau cemerlang UPSR. Besar jumlah tersebut.

– Mengetahui baki perlindungan Kad Perubatan yang ada. Ini sangat penting kerana kebanyakkan pelan kad perubatan lama mempunyai limit tahunan dan seumur hidup yang rendah.

– Tidak ramai pemegang polisi yang tahu apa sebenarnya perlindungan yang mereka ada.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan menyemak polisi kepada anda. Kebiasaannya polisi yang berusia lebih 3 tahun sesuai untuk semakan semula. Anda tidak perlu risau kerana membuat semakan polisi bukan bermakn anda perlu menambah polisi baru. Ia lebih kepada memastikan anda dapat menerima manfaat yang sememangnya hak anda.

Hubungilah ejen anda dan buatlah semakan. Andai ada ejen lain yang bersedia bantu anda atau anda mempunyai rakan yang menjadi ejen mintalah bantuan mereka.

Sekadar ingatan untuk kawan-kawan semuaūüėäūüėäūüėä

Rizal Sukor
wasap.my/60182282853/aiapublictakaful

kalo korang rasa nk up sharing korang kt sini tag jer posting FB korang kat Hanan Hai Jangan risau free jer. Nanti aku pm korang

Facebook Comments
Share:

You might also like …