Klasifikasi Pendapatan T20, M40 dan B40 Rakyat Malaysia

Klasifikasi Pendapatan T20, M40 dan B40 Rakyat Malaysia

Apa itu Median Pendapatan Isi Rumah?

Median pendapatan isi rumah adalah angka pertengahan pendapatan dari rendah ke tinggi. Ia merupakan satu instrumen yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi mengklasifikasikan pendapatan isi rumah kepada T20, M40 dan B40. Berdasarkan Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah Dan Kemudahan Asas 2016, median pendapatan isi rumah tinggi  T20 ialah RM 13,148 manakala bagi pendapatan isi rumah sederhana M40 ialah RM 6,275 dan pendapatan isi rumah rendah B40 ialah RM 3,000.

Warganet Dalam Kumpulan Yang Mana?

Bagaimana Hendak Merancang Perbelanjaan Mengikut Klasifikasi Pendapatan?

Bak peribahasa melayu, ukurlah baju di badan sendiri. Merancang perbelanjaan bulanan kita adalah sangat penting. Tidak mengira sama ada baru bekerja, sudah berkeluarga ataupun golongan yang kaya. Ini kerana jika gagal merancang ia dapat merencatkan masa depan seseorang.

Pertama kita perlu apakah keinginan kita di masa hadapan.  Dari sudut perancangan kewangan terdapat 6 keutamaan hidup. Antaranya Perkahwinan, Pembelian Hartanah, Kelahiran Anak, Tabung Pendidikan, Haji dan Persaraan. Soalnya bagaimana kita hendak mencapai matlamat melalui kaedah yang paling cekap.

Cadangan Pembahagian Pendapatan Bulanan

AK ingin mencadangkan warganet untuk mula menyediakan jadual perbelanjaan bulanan. Antara perkara yang perlu disenaraikan adalah rumah, makanan, kenderaan, simpanan & pelaburan, takaful, keluarga, keinginan diri, ibubapa dan zakat. Peringatan adalah penting warganet merancangan mengikut gaji bersih setelah ditolak KWSP dan cukai pendapatan.

Cadangan Pembahagian Perbelanjaan Bulanan

Dengan adanya jadual seperti ringkas kita menpunyai sedaran, berapa jumlah maksima yang boleh dibelanjakan untuk setiap sesuatu perkara. Berbelanja dengan hemah bukan menjamin kita menjadi kaya. Tidak tetapi sekurang-kurangnya kita mempunyai hala tuju. Agar kita tidak termasuk golongan GBMEDB (Gaji Baru Masuk Esok Sudah Habis).

Facebook Comments

You might also like …