Pelan Perwarisan Harta Yang Terbaik

Pelan Perwarisan Harta Yang Terbaik

Kali ni aku akan kongsi mengenai pelan hibah yang terbaik tapi bukan sebagai perunding takaful AIA. Akan tetapi sebagai perunding PERWARISAN HARTA. Sebab jika hanya ada pelan takaful perancangan harta pusaka anda masih tak sempurna

Kali ini juga penulisan aku akan berubah kerana mereka yang akan baca adalah golongan yang lebih senior dan bukan anak2 muda. Sebelum anda nak buat perancangan, paling penting kena faham apa apa masalah yang menyebabkan perancangan perwarisan harta ini sangat penting

Biasa Dengar Harta Pusaka Beku

Pernah Dengar Harta Beku Dah Sampai RM70 Billion

Isu ini biasanya untuk golongan yang berkeluarga, single mother dan yang paling penting berharta perlu mengambil berat. Aku tak mahu untuk pergi terlalu teknikal sebab memang sangat rumit. Jadi sharing aku akan dibahagi kepada 3 bahagian; proses perwarisan harta pusaka, kos pencairan harta pusaka dan kaedah penyelesaian.

Proses Perwarisan Harta Pusaka

Cuba kita lihat carta alir diatas, punca utama kebanyakan harta beku dikalangan rakyat Malaysia adalah mereka TIDAK TAHU proses perundangan berkaitan perwarisan harta. Paling penting korang nak tahu adalah jika anda GAGAL menulis wasiat maka proses perwarisan anda akan mengambil masa yang sangat lama. Ada rakan2 berkongsi dengan aku yang harta pusaka nenek mereka mengambil masa 20 tahun untuk selesai.

Jadi untuk memendekan proses ini, kita perlu membuat pelantikan wasi. Biasanya didalam industri ramai yang akan menulis wasiat. Di dalam pasaran kos untuk menulis wasiat adalah diantara RM300 ke RM1500 bergantung dengan penambahan klausa dan perkara2 berkait. Walaupun mempunyai wasiat kita tetap perlu menunggu 1-2 tahun untuk selesai kerana proses perundangan mengambil masa. Itu belum mengambil kira jika ada perbalahan antara waris yang banyak kita lihat didada akbar.

Kos Pencairan Harta Pusaka

Topik ni biasanya ramai ejen wasiat tak kongsi dengan pelanggan sebab takut tak pelanggan tidak mahu buat. Mantra mereka sekurang2nya pelanggan dah ada. Kos tue bila dah mati esok biar waris yang tanggung. Jadi jangan ingat bila tulis wasiat RM300 dah selesai masalah perwarisan harta.

Mengikut akta probate dan pentadbiran, wasi atau pentabir harta boleh mengenakan fee maksima sebanyak 5%. Jadi kalo kalo aset RM2 juta maknanya RM100,000 perlu diasingkan untuk bayar profesional fee sahaja. Tapi itu maksima rata2 saya lihat purata mereka akan kenakan fee sebanyak 2% setahun. Setahun perlu bayar RM40,000 pada syarikat amanah. Okay tak?

ADA ANDA SEDIAKAN DANA PERUNTUKAN PUSAKA?

Jika anda tidak sediakan, maka anda bersedialah untuk aset anda beku. Simple!!!

Lupa bukan sahaja fee profesional yang perlu kita bayar tapi kos rampaian (mileage, penginapan, dokumentasi dsb). Serta Cukai pindahmilik harta. Ini sangat subjectif sebab kena tengok kelas dan jenis harta. Ada yang kena tak ada yang tak kena cukai. Jadi bila ada kawan2 cakap mereka tak perlu bayar itu benar dan ada yang maki lhdn sebab mereka kena bayar itu pun benar. Purata nilai cukai pindahmilik adalah sekitar 2%. Ya kerajaan suka no 2. Jadi jika nilai aset RM2 juta sediakan la RM40,000 untuk dibayar pada kerajaan.

Rumusnya,

Fee Profesional (2%) + Fee Rampaian (1%) + Cukai Pindahmilik (2%) = 5% Kos Keseluruhan

Mantra yang kena ingat,

Aset RM 2 Juta = RM100,000

Ini adalah anggaran sahaja, ia boleh jadi lebih rendah dan lebih tinggi

Kaedah Penyelesaian

Kita dah bincang masalah jadi apa kaedah penyelesaian yang paling mudah. Bagi saya ia terbahagi kepada 2, kena ada dana pengurusan harta serta kena ada dokumen yang dapat mengelakan perbalahan harta pusaka. Bila tulis wasiat itu untuk bagi bukan waris bila bagi waris boleh ditentang. 

Hibah Takaful

Pelan ini sangat penting kerana ia merupakan dana kecemasan yang paling cepat untuk waris bila kita dah tiada. Jadi walaupun kita dah ada pelan hibah dari RM500,000 ke RM1 Juta. Ia tidak bermakna ia mencukupi. Jadi kita perlu juga asingkan sekurang2nya RM100,000 untuk proses pencairan harta pusaka kita.

Jika kita ada bajet lebih buat satu pelan hibah takaful khas untuk peruntukan pencairan harta. AIA menyediakan pelan paling menarik di industri buat masa ini.

Lantikan Wasi Dan Dokumen Hibah Hartanah

Yang ini kita perlu buat dengan syarikat amanah. Saya pilih untuk bersama Wasiyyah Shoppe Berhad kerana mereka adalah satu2nya syarikat amanah yang menyediakan dokumen perwarisan patuh syariah serta selari dengan mahkamah syariah.

Jadi jika kita mempunyai dokumen lantikan wasi, maka proses perundangan civil dapat dilaksanakan dan dengan dokumen hibah hartanah kita dapat berikan rumah kita kepada insan tersayang tanpa ia boleh direbut oleh waris2 lain. Dokumen hibah yang cukup rukun tidak boleh ditentang oleh waris. Ini kerana akad hibah ini dibuat semasa hidup.

Pernah Dengar Waris Dari Neraka

Mereka ini wujud kerana Allah ingin menguji hambanya apabila diberi peluang dengan harta adakah kita akan amanah atau akan khianat. Pastikan harta yang kita kumpul ini adalah aset yang barakah dan bukan fitnah.

Jika masih rasa confuse dan nak penerangan lebih lanjut, anda pm jer saya di Facebook Hanan Hai

 

 

Facebook Comments
Share:

You might also like …