Pentingnya Simpanan Persaraan

Pentingnya Simpanan Persaraan

Sekali lagi, jika ada yang rajin baca blog ni akan perasan nada penulisan berubah. Faktor utama saya ubah sebab geng yang akan baca kebarangkalian otai2, geng2 senior dan bukan budak2 hingusan. Haha. Topik ni lebih serasi dengan jiwa orang lewat 30an sebab masa ni kebanyakkan komitment dah makin berkurangan. Time ni la pepatah jawa paling famous kata ‘LIFE BEGINS AT 40’.

Yang lelaki masa ni la berniat nk tambah cawangan sebab tiba2 cash flow bertambah. Yang perempuan merasa nk beli bag LV tue murah. Nak tahu sebab apa? Ini adalah kerana masa ini kebanyakkan hutang sudah makin susut. Kereta habis bayar. Personal loan settle. Anak dah besar. Betul tak?

Syaratnya jika dari muda bijak berbelanja dan tidak mempunyai banyak hutang JAHAT (kredit card dan personal loan). Untuk simpanan persaraan kita perlu tahu berapa NILAI yang perlu kita simpan untuk mencapai ‘FINANCIAL FREEDOM’ bila bersara.

Apa itu Inflasi?

Biasa tak dengar mak ayah kita merungut harga barang makin mahal. Ada kan? Harga barang sangat terpengaruh dengan kadar inflasi. Bunyi macam komplex tapi mudah sebenarnya. Ramai perunding kewangan akan guna contoh nasi lemak, dulu masa di sekolah beli nasi lemak RM2.00 boleh lagi dpt ayam goreng tapi sekarang jadi RM5.00, betul tak? Itu la inflasi barangan.

Kadar inflasi yang dikira kerajaan adalah sekitar 3% yang mengambil kira hanya barangan ruji sahaja. Starbuck tak masuk! Realiti inflasi perbelanjaan bergantung pada gaya hidup kita. Ia boleh jadi 6% ke 10%. Jadi lain orang akan merasa kadar kenaikan harga barang ini berlainan.

BIAR PAPA ASAL BERGAYA AKAN MEMBAWA BINASA

Warganet boleh rujuk jadual ini, jika ini adalah perbelanjaan bulanan anda maka bersiap sedialah untuk mengulang skrip yang sama mak ayah kita. Nampak tak hari ini kita berbelanja RM5,000 sebulan 20 tahun akan datang untuk bebelanja barangan yang sama kita perlu RM9,000. Adakah kita bersedia untuk bersara?

BARANG MAKIN MAHAL!!!

Saje nak ingatkan semua first time kita beli starbuck dulu harga berapa? Seingat saya ada lah dalam RM8.00 secawan. Sekarang dah RM15.00 cup grande jer. Naik hampir DOUBLE!

Ini menunjukkan jika kita tidak rancang perbelanjaan kita dengan baik dan mempunyai objektif simpanan persaraan yang betul, bila kita dah umur 60 tahun kita masih terpaksa berkerja untuk sara hidup.

 

Berapa Nilai Tabung Persaraan Kita?

Warganet pasti pernah lihat headline ini. Perlu ada RM2juta untuk bersara betul tak? Mari kita buat perbandingan, kita akan guna senario yang sama seperti jadual diatas inflasi 3% dan 6% setahun. Sekarang kita berusia 40 tahun dan akan bersara pada usia 60 tahun. Manakala jangka hayat kita akan sampai umur 75 tahun. Ini bermakna kita perlu berbelanja 15 tahun lagi selepas bersara. Untuk faktor pengiraan kita akan mengunakan pulangan 3% setahun seperti menyimpan di bank. Pening? Nak mudah lihat jadual ini.

Harap jadual ini dapat memberi kesedaran pada semua yang membaca. Jangan risau sangat, dosa2 lampau masih boleh diperbaiki asalkan kita mahu berubah. Tidak perlu lihat golongan yang berpendapatan RM10,000 yang perlu ada simpanan RM7 juta untuk pertahan gaya hidup. Kita lihat adakah simpanan KWSP kita akan capai minima RM 1.5 juta bila kita bersara nanti. Jika tiada, kita mempunyai MASALAH BESAR.

Nilai RM1.5 juta itu boleh menjadi seperti perbelanjaan bulanan RM2,000 atau RM5,000. Pilihan ditangan anda.

SUDAHKAH KITA MERANCANG PERSARAAN KITA

Untuk saya bincangkan solusi dan kaedah simpanan terbaik saya akan kongsi pandangan saya pada perkongsian akan datang. Untuk khidmat nasihat terus boleh pm saya di FB Hanan Hai

Facebook Comments

You might also like …