Perjalanan Menaiki Bas Nizwa-Muscat

Perjalanan Menaiki Bas Nizwa-Muscat

Salah satu peraturan di Schlumberger (SLB), Oman adalah pekerja tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam di sini kerana secara umum pemandu di sini tidak mematuhi syarat had laju serta piawaian pemeriksaan kenderaan SLB. Hari ini aku terpaksa untuk ke Muscat bagi menyelesaikan urusan bank. Aku perlu mendapatkan no akaun serta kad debit bagi memastikan gaji bulan ini masuk awal minggu hadapan.

Syarikat yang mendapat kontrak untuk membawa pekerja SLB di Oman adalah Al-Sumri Transport. Bas ini tiba di pengkalan SLB Nizwa sekitar 2.40 petang dari Fahud dan akan memulakan perjalanan ke Muscat sekitar jam 3.00 petang. Terdapat 2 pemandu bas tetap dimana akan berganti-ganti bila tiba di destinasi titik periksa. Apa yang unik di dalam bas ini adalah setiap kerusi di sediakan tali pinggang keledar. Sebelum memulakan perjalanan pemandu akan memeriksa setiap penumpang dan memastikan tali pinggang keledar telah semat rapi. Sesudah itu, pemandu bas akan mendapatkan kelulusan unit pengurusan perjalanan SLB sebelum memulakan pemanduan.

Bas ini akan berhenti di beberapa titik periksa iaitu Burj Sahwa, British Council dan pejabat SLB Muscat. Aku akan berhenti di British Council yang bertempat di Madinat Qaboos untuk ke rumah tumpangan pekerja SLB Muscat. Perjalanan Nizwa-Muscat mengambil masa sekitar 2 jam dengan jarak perjalanan 140km.

Permandangan sepanjang perjalanan adalah bukit-bukit batu, kawasan perumahan, kebun kurma serta pokok-pokok yang di taman oleh Majlis Perbandaran Wilayat. Muscat adalah ibu negara Oman jadi apabila tiba di sini lebih banyak bangunan-bangunan, pusat membeli belah dan kawasan perumahan terancang. Bas juga melewati Muscat International Airport sebelum tiba ke Madinat Qaboos. Akhirnya tiba di Brisith Council pada jam 5.00 petang. Perjalanan untuk ke rumah tumpangan perkerja SLB mengambil masa dalam 10min. Sesudah tiba masa

Facebook Comments

You might also like …