Pilih AIA Untuk Simpanan Persaraan Terbaik

Pilih AIA Untuk Simpanan Persaraan Terbaik

Ini adalah sambungan dari Pentingnya Simpanan Persaraan sebelum nak baca perkongsian yang ini, perlu baca link yang saya share dahulu. Kita dah tahu masalah baru kita akan menghargai kepentingan solusi ini, untuk bersara dengan aman kita perlu minima RM650,000 sehingga RM7 juta bergantung kepada perbelanjaan bulanan kita. Kali ini kita akan bincang bagaimana AIA boleh membantu untuk mengurangkan jurang dana persaraan kita.

Cuba warganet cek berapa nilai terkumpul di dalam KWSP sekarang? Dan berapa nilai yang anda perlukan untuk berbelanja pabila bersara dengan gaya hidup kini. Ini adalah isu sebenar dalam perancangan dana persaraan. Jumlah simpanan persaraan tidak cukup. Walaupun ada dikalangan kita bila bersara dana di KWSP mencecah jutaan ringgit tetapi mengikut data KWSP, majority pencarum kehabisan duit persaraan dalam tempoh 3 tahun sahaja. Sebab kita masih berbelanja dengan nilai yang sama sebelum kita bersara. Kita gagal mengurangkan kadar perbelanjaan kita walaupun dah pencen.

Produk Simpanan Persaraan AIA

Sebagai sebuah syarikat yang prihatin untuk menyelesaikan masalah pelanggan, AIA menyediakan 2 produk yang HEBAT dan mampu mengurangkan jurang dana persaraan. Anda perlu ingat ini adalah produk simpanan dan bukan pelaburan. Jadi unjuran nilai keuntungan tahunan adalah hanya sekitar 6%.

Jika ingin membuat perbandingan boleh bandingkan dengan simpanan Fixed Deposit Bank. Akan tetapi produk ini tidak boleh dibandingkan dengan ASB kerana ada CAP simpanan maksima RM200,000 sahaja. Apakah produk AIA tersebut?

1. DANA PRS ISLAMIC AIA

AIA Berhad adalah salah satu syarikat Takaful/Insurance yang mempunyai produk PRS. Ia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengalakkan rakyat meningkatkan simpanan persaraan secara tegas. Ini adalah kerana kita hanya boleh mengeluarkan simpanan di PRS bila bersara pada usia 60 tahun. Dan jika kita ingin mengeluarkan lebih awal akan dikenakan syarat yang ketat. Jadi kebarangkalian untuk kita capai matlamat simpanan persaraan bertambah baik. 

2. A-Life Enrich Gold

Produk ini adalah produk yang menjadikan ramai ejen MDRT di AIA. Ia merupakan hybrid simpanan serta perlindungan. Ramai yang memilih menyimpan ke produk ini kerana ia mempunyai struktur pulangan tetap serta pulangan keuntungan simpanan yang kompetatif berbanding dengan produk lain dipasaran. Keunikan produk ini adalah durasi simpanan hanya selama 10 tahun akan tetapi perlindungan takaful berterusan sehingga 25 tahun.

Bagaimana AIA Mengurangkan Jurang Dana Persaraan?

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, saya mengabungkan kedua2 produk ini untuk menjadikan pelan persaraan komprehensif. Saya juga menyediakan illustrasi untuk 2 contoh pelan simpanan persaraan AIA. Satu untuk mereka yang bermula merancang menyimpan pada usia 40 tahun dan kedua bermula menyimpan pada usia 30 tahun. Kedua2 produk ini tidak perlu ambil serentak akan tetapi konsistensi simpanan untuk jangka 20-30 tahun itu yang akan menjamin matlamat kita mengurangkan jurang dana persaraan tercapai.

Pakej Pelan Simpanan Persaraan AIA 

Jadual penuh dengan nombor pasti memeningkan kepala. Tak mengapa yang penting apa yang perlu anda ingat adalah untuk mencapai matlamat simpanan persaraan anda perlu menyimpan 30% dari nilai gaji bulanan. Mungkin sukar untuk dilakukan oleh mereka dalam kumpulan B40 tetapi yang paling penting sekarang anda sudah tahu.

Tapi walaupun sudah menyimpan 30% dari nilai gaji bulanan kita, jumlah dana persaraan hanya mencapai 50% dari nilai yang kita perlukan. Untuk maklumat jadual ini hanya mengambil kira unjuran purata pulangan 6% sahaja. Purata pulangan akan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Jadi nilai pulangan 2x ganda dari inflasi adalah benchmark.

Saya tidak berani untuk membuat unjuran sehingga 12% seperti geng Unit Trust sebab bila berlaku kegawatan ekonomi kejatuhan nilai unit sangat tinggi. Hanya pelanggan Unit Trust yang lebih 10 tahun akan memahami apa yang saya kongsi ini. Its okay!!! We can change strategy.

Yang penting kita sudah merancang dan mengurangkan GAP dana persaraan kita. Dan memilih AIA sebagai pembantu anda adalah satu pilihan yang baik.

Adakah Kita Boleh Capai Matlamat Persaraan Kita?

 Jawapan mudah ya boleh. Dengan kaedah konservatif saya akan cadangkan menyimpan dengan lebih awal. Sebelum menyimpan di AIA pastikan anda mempunyai 3 Bulan simpanan Kecemasan di Bank atau ASB. Kerana kena ingat bila kita simpan di AIA kita hanya akan keluarkan duit ini semasa persaraan. Cuba kita lihat jadual dibawah bila kita mula menyimpan seawal usia 30 tahun.

Dengan pelan perancangan yang sama, kita cuma ubah bila kita mula menyimpan dana persaraan kita meningkat secara mendadak. Jadual ini merupakan senario jika kita menyimpan seawal usia 30  tahun. Jika kita bandingkan dengan jumlah simpanan yang diperlukan, dana terkumpul di tabung simpanan AIA hampir mencapai 90% dana persaraan yang kita perlukan bila pencen nanti. Sekali lagi, ingin saya ingatkan ini mengunakan unjuran pulangan keuntungan purata 6%. Jika performance dana ini lebih tinggi nilai terkumpul juga akan meningkat.

Jadi apa yang belajar kali, untuk mencapai ‘Financial Freedom’ bukan pada nilai gaji yang kita terima tetapi nilai simpanan yang kita buat. Saya tidak akan nafikan untuk menyimpan sebanyak ini bukan satu perkara mudah. Jadi pengorbanan kita hari ini akan mencorak siapa kita di masa hadapan.

Saya berharap anda dapat belajar sesuatu kali ini dan dapat memberi ilham bagaimana hendak mencapai jumlah persaraan idaman kita. Untuk mendapat nasihat secara terus boleh pm saya di FB Hanan Hai

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

You might also like …