Piramid Kewangan BBNU

Piramid Kewangan BBNU

Aku pasti korang pernah dengar mengenai piramid kewangan tapi kalo tak pernah dengar, meh sini aku story sikit pada korang. Apa itu piramid kewangan dan kegunaannya untuk korang.Untuk penulisan kali ni aku share dengan korang Piramid Kewangan BBNU.  Kalo korang blur BBNU tue apa, ‘Budak Baru Nak Up’. Piramid ni tok geng B40 dan M40 yang rasa ASB tue satu pelaburan. Noob!!! Guna kredit kad tapi tak bayar penuh. Buat personal loan untuk kawen. Gaji 2ribu lebih tapi pakai kete H. Sharing aku ni sesuai la tok korang. Sebab kalo korang tak tukar mindset sampai pencen korang takde duit.

Untuk Piramid BBNU korang kena fokus pada 3 peringkat jer, perlindungan, simpanan dan pelaburan. Korang dah master ketiga2 fasa ni, lepas korang boleh up kepada piramid kewangan have2. Kalo aku rajin nanti aku share la.

Fasa Perlindungan

Ramai orang yang aku jumpa masa jadi life planner AIA, walaupun umur dah cecah 40an diorang takde pun pelan perlindungan komprehensif. Wow!!! Seriusly, kenapa tak rancangan masa muda. Jadi usia bukan faktor untuk mendapatkan nasihat kewangan. Nak dapatkan nasihat pastikan dari perunding bertauliah macam aku la. Fasa ni memang 100% berkaitan dengan pelan takaful. Apa yang korang kena tahu, simple korang kena ada 4 polisi takaful. Bukan kena ambil sekali gus tapi berperingkat. Apa 4 polisi tue

1. Medikal Kad – ambil masa muda, dah tua mahal dan yang terbaik ambil pelan komprehensif dan bukan pelan standalone

2. Hibah Takaful – pelan ni wajib bila korang dah pandai berhutang. Kalo ikut surah Baqarah ayat 240. Minima kena sekurang2 meninggalkan waris dengan perbelanjaan 12 bulan. Tak percaya cari la sendiri.

3. Perlindungan Pendapatan – pelan ni berkaitan pampasan penyakit kritikal. Sebab memang medikal kad bayar kos rawatan di hospital. Tapi kos sara hidup macam mana? Korang boleh kerja ker? Majikan masih nak korang ke?

4. Simpanan Jangka Panjang – yang ni korang rancang bukan tok kawen tapi lebih kepada tabung persaraan dan tabung pendidikan anak. Semua kena rancang. Kalo tak mau keja lepas umur 60 tahun, simpanan persaraan korang kena A. Kalo korang jenis merungut pasal PTPTN, pastikan anak korang tak meminjam dari sana.

Fasa Simpanan

Fasa simpanan ni bukan duit yang korang simpan kat bank tapi apa tujuan simpanan tue. Macam gambar kat atas tue. Tabung untuk percutian, beli rumah, persaraan, pendidikan anak, tabung kecemasan dan banyak lagi la. Kita ni bab berbelanja pakar. Bab menyimpan Noob!!! Tapi benda yang aku nak share adalah bab tabung kecemasan. Lain jenis pekerjaan jumlah simpanan berbeza;

1. Kerja Makan Gaji  – minima simpanan 3 bulan gaji

2. Kerja Sendiri – minima simpanan 6 bulan gaji

3. Berniaga – minima simpanan 1 tahun gaji

kalo korang xde simpanan banyak ni. Jadi korang pastikan lah jangan bebelanja sesuka hati. Tak caya, sekarang masa PKP berapa ramai yang terkesan. Memang susah nk menyimpan lagi2 dok bandar tapi korang takde pilihan.

Fasa Pelaburan

Gambar nampak macam komplek. Takde la banyak sifu2 pelaburan saham melayu sekarang mengajar pasal pelaburan. Dulu takde. Untuk korang yang level BBNU masa ni korang kena laburkan duit tok belajar. Korang kena belajar macam mana nak melabur di pasaran Malaysia, pasaran global, trade forex, komoditi dan macam2 instrumen yang wujud. Sebab bila korang ada duit nanti takde la korang kena scam. Scammer ramai kat luar sama. Nak senang labur duit kt unit amanah, beli emas, rumah tue boleh kalo ada duit la. Rahsia kejayaan pelaburan adalah holding power. Kalo takde korang akan sentiasa loss. Sifu aku ajar korang hanya trade duit yang korang sanggup loss tapi bila dah trade yang loss. 

Harap korang dapat belajar sesuatu. Sangat simple kalo nak tanye pape tulis kt komen kalo aku perasan nanti aku reply. Okay sehingga lain waktu, Chow

 

 

Facebook Comments
Share:

You might also like …