Quadrant Simpanan Takaful

Quadrant Simpanan Takaful

Apa itu Quadrant Simpanan Takaful? Korang pernah dengar tak? Kalo agent takaful yang dah senior confirm tahu la apa yang aku nak share ni. Yang agent baru mungkin buat2 faham. Yang pasti rakyat marhaen macam aku sebelum masuk industri perancangan kewangan tak paham apa. Yang korang tau kalo amik pelan takaful nak bagi agent kaya. Haha tak semua tapi ada jenis tue. 

Biasanya korang tau medikal kad dengan hibah takaful tapi ramai juga yang masih confuse. Jadi apa yang aku nak share ni benda basic cuma ramai xpaham kegunaan setiap polisi ni bila kena ambil.

Secara teorinya setiap orang kena ada minima 4 polisi takaful. Sebab satu polisi tue tak boleh memenuhi keperluan setiap individu. Apa polisi yang korang kena ambil tue.

1. Medikal Kad

Medikal kad ni ada 2 jenis satu jenis standalone dan lagi satu komprehensif.  Standalone ni adalah korang bayar ‘kos takaful’ sahaja jadi caruman akan bermula serendah RM70 bagi individu dan RM450 bagi keluarga. Cuma jangka panjang makin mahal.

Pelan komprehensif pula starting dah dekat RM150 untuk perlindungan RM100K setahun dan RM200 untuk perlindungan RM1 Juta. Rasa mahal tapi kadar kenaikan tue boleh dibantu dengan saving dari yang dh ada dlm pelan ini.

Ukur baju dibadan sendiri yang penting korang kena ada sebab bil hospital tak murah tak kira la di hospital kerajaan atau swasta. Kalo kita bukan gomen servant pastikan ada medikal kad sendiri

2. Hibah Takaful

Hibah Takaful pula banyak sangat fungsi. Paling penting hibah takaful ini duit yang akan dibayar oleh syarikat takaful ke waris. Berapa nilai perlindungan yang terbaik. Korang kira 10x dari gaji tahunan. Kalo setahun gaji RM60k makna pelan hibah takaful ko kena ada 600k. Tak termasuk hutang-piutang korang.

Biasanya hibah takaful orang guna untuk

a. Bayar hutang yang takde insuran mcm kereta, personal loan, dengan orang

b. Bayar kos perwarisan harta, nk bayar lawyer, bayar fee profesional syarikat amanah, cukai pindahmilik LHDN 

c. Dana sara hidup keluarga lagi2 kalo ko sorang jer kerja; bini housewife, single mother, bujang 

d. Dana infaq pada badan kebajikan

e. Gantian pendapatan jika kemalangan dan kita ilat kekal mat salleh kata ‘TPD’. Fokus untuk recovery dan tak perlu fikir kerja

Simple kalo korang rasa sekarang ni dah hidup susah, korang rasa bila musibah senang ke? Budget bulanan untuk tabung kecemasan tue sgt penting. Jangan jatuh ditimpa tangga

3. Perlindungan Pendapatan

Pelan ni bukan untuk kena buang keje tapi kena penyakit kritikal tahap 3. Korang rasa dh kena cancer ko leh keje lg ker? Hutang korang buat tue masih kena byr. Bil hospital ok la ada medikal kad cover tapi nak sambung hidup bulan2 tue macam mana?

Basic kalo pelan ni terbaik korang kira 5x dari gaji tahunan contoh jika gaji korang setahun RM60K jadi jumlah terbaik adalah RM300k. Sebab untuk dikira sebagai kanser surviver lepas 5 tahun.  Takyah pening kepala. Lifesytle korang maintain. Sambung hidup dengan setenang mungkin sebab takde masalah kewangan.

Korang jangan ingat pelan ni cover kanser jer. Pelan AIA cover 39 penyakit kritikal tahap 3. Ada juga pelan yang cover penyakit kritikal tahap awal tapi caruman dia yummm.

4. Simpanan Jangka Panjang

Pelan ni sesuai untuk orang yang tak suka loss dan tak leh tahan risiko. Orang tua kata jantung tak kuat. Simple je simpan kt takaful ni contoh ko simpan RM100k bila matang kalo semua investment AIA cun duit korang double adalah RM200k dalam account tue. Simpanan risiko rendah. AIA pun ada faedah terjamin sehingga 165%. Kira kalo ikut RM100k tadi confirm RM65k korang akan dapat. Tinggal balance tue je subjected to investment performace.

Simple kan. Bukan korang kena amik sekali gus awal cadangan aku buat mcm ni

awal 20an – medikal kad 

pertengahan 20an – perlindungan pendapatan

masuk 3series – hibah plak time ni hutang korang dh bertingkat dah

masuk 4series – Simpanan jangka panjang sebab time ni hutang dh patut kurang dah. Sbb tue ramai laki time ni geletis nak kawen lg satu. Pantang dahi licin sikit.

Jadi harap korang belajar sesuatu. Buat pilihan bijak. Pastikan impian bebas kewangan tue boleh dicapai. Korang khatam pelan takaful in sha allah korang dalam perjalanan ke Financial Freedom

Kalo nak tanye apa2 pm jer aku kt Hanan Hai

Facebook Comments
Share:

You might also like …