Rezeki Allah

Rezeki Allah

Sudah hampir setahun saya tidak lagi menulis di dalam blog ini, tapi kali ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman hidup yang tidak seberapa ini. Saya telah dilepaskan sebuah syarikat pengusaha minyak dan gas pada Disember 2016. Sejak dari pada itu, saya telah memilih untuk menjadi seorang perunding kewangan bersama AIA Public Takaful. Alhamdulillah rezeki saya murah, cuma tidak berjaya menyamai pendapatan yang saya semasa berkerja di syarikat minyak dan gas. Saya bersyukur dengan rezeki yang diberi dan tidak pernah menyalahkan takdir. Alhamdulillah, terlalu banyak perubahan positif dikalangan keluarga saya setelah saya diberhentikan kerja. Akan tetapi dengan apa-apa rintangan yang tiba harus diharungi dengan tabah dan terus bersyukur.

Beberapa minggu lepas, saya telah berjumpa dengan Alang saya dan mencadangkan saya untuk mengunakan duit simpanan saya untuk menjalani ibadah umrah bersama-sama beliau hujung Disember ini. Alang juga ingin menanggung 50% kos untuk ke umrah. Beliau melihat saya sedang terkapai-kapai dalam perkerjaan saya. In Sha Allah, jika saya menjalankan ibadah umrah rezeki saya akan bertambah mengikut kata Alang. Akan tetapi duit simpanan saya hanya memcukupi untuk menampung perbelanjaan saya sehingga tahun hadapan sahaja. Memandangkan perkerjaan kini pendapatan masih lagi tidak menentu. Jadi saya perlu berbelanja dengan berhemah dengan baki duit yang tinggal. Bukan saya tidak percaya akan pada rezeki Allah tetapi kita tidak hanya boleh tawakal tanpa usaha.

Selang beberapa minggu setelah diajak untuk ke umrah oleh mak cik. Saya dihubungi syarikat lama, untuk menjadi perunding syarikat untuk jangka masa pendek. Dibayar gaji hari sepanjang saya berada di Oman. Bayangkan dari pendapatan yang tidak tetap kepada hanya bekerja selama 2 bulan akan memjana pendapatan yang boleh dimanfaatkan selama setahun. Pasti sebahagian dari pendapatan ini perlu dicatu untuk membayar duit rumah, perbelanjaan anak dan isteri, pembayaran hutang lapuk, percutian bersama keluarga yang sudah lama tertanggunh dan yang pasti untuk umrah pada hujung tahun ini. Ma Sha Allah, Allah Maha Pemurah dan Maha Kaya. Jika Allah ingin memberi sesuatu rezeki kepada kita, kita pasti tidak akan menyangka dari mana arah ia akan tiba. Siapalah aku, yang masih diberi peluang dan dijemput untuk menjalani ibadah umrah.

Facebook Comments
Share: