Siapa Wasiyyah Shoppe?

Siapa Wasiyyah Shoppe?

Siapa pernah dengar nama syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad? Rasanya ramai yang tak pernah dengar. Jadi, kali ini saya akan kongsi berkaitan sebuah syarikat amanah yang pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan pengurusan harta pusaka patuh syariah.

Untuk pengetahuan, kebanyakkan syarikat amanah menyediakan dokumen  sivil bagi pengurusan harta pusaka. Yang tidak menjadi isu bagi golongan bukan islam akan tetapi tidak sesuai bagi golongan orang Islam. Ini adalah kerana di Malaysia terdapat 2 jenis mahkamah perundangan iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah. Jadi apa2 berkaitan tuntuan harta pusaka orang islam akan dibawa ke mahkamah syariah. Maka lahir la syarikat Wasiyyah Shoppe Berhad pada 20 Mei 2004 yang menyediakan perkhidmatan perancangan harta pusaka secara syariah.

Struktuk Organisasi Wasiyyah Shoppe Berhad

Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu ahli lembaga pengarah, panel syariah serta ahli pengurusan syarikat.

Ahli Lembaga Pengarah

Mereka yang menganggotai ahli lembaga pengarah menpunyai latar belakang korporat serta mempunyai berhasrat untuk menyelesaikan masalah harta beku yang melanda Malaysia. Mereka bertanggungjawab untuk merangka strategi serta produk2 yang dikeluarkan syarikat.

Panel Syariah

Panel syariah pula adalah terdiri dari golongan akademik serta mantan hakim mahkamah syariah. Jadi ia membolehkan dokumen2 yang disediakan oleh syarikat sudah terlebih dahulu disemak oleh pakar. Jadi dokumen yang disediakan memenuhi keperluan mahkamah syariah bagi tujuan pengesahan setiap dokumen

Pengurusan

Pengurusan syarikat pula distruktur dengan penuh teliti bagi memenuhi keperluan operasi, kewangan, perundangan serta keusahawanan. Ia membolehkan syarikat berfungsi dengan baik.

Kesemua maklumat ini boleh dapat dari website official http://wasiyyahshoppe.com.my/.  Jadi jika warganet yang sedang mencari syarikat amanah untuk merancang untuk harta pusaka boleh merujuk pm Hanan Hai

Nanti saya akan sambung jenis2 produk yang dikeluarkan syarikat diposting yang baru.

Facebook Comments

You might also like …