Vila Tumpangan Pekerja SLB Muscat

Vila Tumpangan Pekerja SLB Muscat

Bagi tempahan bilik di vila tumpangan pekerja SLB Muscat, aku perlu membuat permohonan kepada WSV Workforce Coordinator, Hilal Al Suleimani. Beliau juga orang yang bertanggungjawab untuk membawa aku ke sini bagi projek jangka masa pendek bagi Oman Oil. Setelah beliau membuat permohanan bilik, “Campboss” seorang penyelia di Muscat akan memberikan maklumat no vila dan bilik serta kata kunci pintu utama. Ya, di sini pintu utama dilengkapi dengan panel kata kunci untuk memasuki vila perkerja SLB.

Vila disini mempunya 2 tingkat dan 1 tingkat bawah tanah. Bahkan vila ini dilengkapi lif yang boleh memuatkan 4 orang. Vila ini hanya mempunyai 6 bilik tidur, 1 ruangan dapur, 1 ruangan rehat serta 1 kolam renang kongsi. Konsep perumahan vila disini agak menarik, dimana terdapat lebih kurang 22 unit vila disini dan mereka semua berkongsi satu kolam renang. Ia lebih kurang seperti konsep rumah pangsapuri di Malasia. Peralatan asas seperti mesin basuh, mesin pengering pakaian, alatan memasak serta pinggan mangkuk lengap disediakn di ruangan dapur. Di ruang rehat pula, terdapat set sofa lengkap 3+2+1, televisyen, serika baju dan meja makan.

Ruangan bilik di sini lebih selesa berbanding bilik di kem tapak operasi ataupun pangsapuri tumpangan pekerja di Nizwa. Bilik vila ini dilengkapi dengan penyaman udara, kipas, katil, meja kerja dan almari. Tandas di bilik juga lengkap dengan pemanas air, pancuran serta tab mandi. Pemanas air sangat penting kerana di waktu pagi air pancuran sangat dingin. Boleh dikatakan vila di Muscat ini rumah tumpangan 2 bintang di Malaysia.

Biasanya bilik-bilik di vila ini digunakan sebagai transit pekerja sebelum ke pengkalan di Nizwa mahupun terus ke tapak lokasi. Akan tetapi ada juga bilik-bilik disini digunakan oleh expat yang bekerja di ibu pejabat SLB di Muscat. Apa yang menarik di sini, setiap vila akan mempunyai seorang “room boy”. Di vila 10 ini, Anand adalah bertanggungjawab untuk mengemas bilik dan kekemasan vila secara sekeluruhan. Bukan itu sahaja, Anand juga boleh membantu untuk membelikan makan tengahari atau malam jika aku berasa letih sebaik sahaja tiba dari perjalanan yang jauh.

 

Facebook Comments
Share:

You might also like …