Wasitah Elak Harta Beku

Wasitah Elak Harta Beku

Selepas kita baca perkongsian di Produk Perkhimatan Wasiyyah Shoppe mesti warganet nak tahu bagaimana wasiyyah shoppe dapat membantu dalam isu perwarisan harta dan mengelakkan harta kita beku. Ini adalah satu2nya syarikat amanah yang menyediakan penyelesaian Hybrid dimana undang2 sivil dan syariah diharmonikan. Apa yang dimaksudkan hybrid ini?

Baik, kaedah konvensional adalah dengan penulisan wasiat bagi tujuan perwarisan harta. Akan tetapi, kita rata2 dengar banyak isu berbangkit. Ini bukan salah dokumen wasiat tapi pemahaman pelanggan serta apa yang diterangkan oleh perunding tidak jelas. Kita sudah membayar untuk menulis wasiat bernilai RM300, RM600 sehingga RM1,800 dengan beranggapan bahawa urusan pusaka kita selesai. Ramai berpendapat selepas kita tulis wasiat maka kos pengurusan tersebut adalah PERCUMA.

INI ADALAH SALAH

Tujuan sebenar untuk menulis wasiat adalah bagi melantik wasi sama ada dikalangan waris atau syarikat amanah. Bahkan kita juga akan mendapat pengecualian cukai atau discount bergantung kepada jenis aset pusaka.

Wasiat ini nampak macam MURAH nak uruskan harta pusaka jadi kenapa banyak HARTA beku? Yang menjadi isu sebenar adalah fi profesional yang dikenakan syarikat amanah untuk uruskan harta pusaka. Mari kita lihat fi yang dikenakan syarikat amanah di Malaysia.

Syarikat A

Ini diambil secara terus dari website official syarikat terbabit, cuba lihat jika warganet mempunyai nilaian aset RM1 juta, hanya untuk pembayaran fi profesional anda perlu ada sekurang2nya RM27,750.

ADAKAH INI TANGGAPAN ANDA?

Syarikah B

Bagi syarikat B pula, bagi aset RM1 juta warganet perlu RM18,000 untuk cairkan aset. sekali lagi saya tanya adakah ini persepsi anda? Dan adakah ini sahaja kos yang akan yang perlu untuk mencairkan aset? Kalau warganet perasan ini hanya untuk keluarga monogami yg geng poligami macam mana?

ADA LAGI TAK KOS UNTUK PINDAHMILIK HARTA?

KOS RAMPAIAN

Kos ini rata2 syarikat amanah yang lain akan kenakan pada pelanggan, ini adalah kerana ia tidak termasuk dalam fi pengurusan profesional. Ini sangat tergantung kepada geografik serta kadar yang dikenakan syarikat amanah. Jadi ia akan hanya diketahui apa bila syarikat mengeluarkan invoice bagi waris membuat pembayaran. Kita ambil worst case senario dalam 1%. Maka untuk aset RM1 Juta, waris perlu sediakan dalam RM10,000.

Duti Setem Pindahmilik Harta Tanah

Jadi apa kos tambahan yang perlu disediakan oleh waris penerima harta? Bagi harta tanah bergantung pada jenis aset ada yang akan dikenakan duti setem pindahmilik harta tanah dan ada yang percuma. Ini adalah suatu yang tidak dapat dimasukkan didalam pengiraan oleh mana2 syarikat amanah kerana pembayaran cukai tersebut dikenakan oleh kerajaan. Berapa kena bayar?

Ini adalah jadual pengiraan yang akan dibuat oleh LHDN bila kita hendak tukar nama rumah dari simati kepada waris. so secara simple kalo nilai rumah dalam RM550,000 maka aset ini akan menjadi sekitar RM10,500 nilai  cukai yang perlu dibayar kepada LHDN.

Jadi sebagai waris kita perlu menyedikan sekurang2nya RM27,500 (Fi Profesional) + RM10,000 (Kos Rampaian) + RM10,500 (Duti Setem Pindahmilik Harta Tanah) = RM48,000 bagi nilaian aset RM1 juta. Ini adalah salah satu punca mengapa aset beku mencecah RM70 billion dan 90% melibatkan orang melayu.

WARIS TIDAK MEMPUNYAI DANA YANG CUKUP

Penyelesaian Terbaik Perancangan Perwarisan Harta

Jadi dengan memilih wasiyyah shoppe, warganet akan dapat menyelesaikan isu kos fi profesional  serta kos rampaian kerana kami menyediakan perkhidmatan pakej Wasitah.

Seperti yang warganet lihat dibroshure diatas, pakej wasitah bermula serendah RM50 sebulan selama 15 tahun bagi aset bawah RM2 juta. Maka anda secara langsung telah menyediakan dana sebanyak RM9,000 untuk membayar kos pengurusan harta pusaka anda nanti. Ia merupakan tabung tabarru yang unik, dimana jika pelanggan meninggal dunia selepas 180 hari dari tarikh pendaftaran pakej, kos pengurusan menjadi PERCUMA kepada waris.

PILIHAN ANDA

WASITAH RM50 SEBULAN

ATAU

% FI PROFESIONAL MENGIKUT NILAIAN ASET SEMASA

Ini keistimewaan syarikat wasiyyah shoppe yang tiada tandingan dipasaran. Bahkan dengan melanggan wasiatah, kos fi profesional serta kos rampaian yang sehingga puluhan ribu itu dapat dijimatkan. Waris tidak perlu fikir mengenai duit pendahuluan bagi membayar syarikat amanah ataupun peguam. Wasiyyah Shoppe akan melaksanakan tugas tanpa mengenakan cas kepada waris.

Manakala bagi kos duti setem pindahmilik pula, perlu kita ambil dana asing atau pelan hibah takaful untuk membantu memudahkan proses pencairan harta. Soal harta beku lebih kepada isu DUIT, jika kita mempunyai DUIT yang cukup untuk uruskan, maka proses perwarisan akan menjadi mudah, tepat dan pantas.

WASITAH MENYEDIAKAN PERUNTUKKAN PUSAKA

Seperti biasa jika warganet mempunyai apa2 persoalan sila pm saya di FB Hanan Hai

 

 

Facebook Comments

You might also like …